23 April 2010

Seni Warisan Budaya Kita

Siapa kata gadis Melayu tidak menarik, menawan hati. Cantik lagi wajah-wajah 1Malaysia ini...


22 April 2010

Nasibmu Wahai KIP?

Tersergam indah bagai mahligai

Bagai pungguk rindukan bulan, KIP penuh kesunyian

Kepada mana-mana pihak yang rasa terpanggil untuk segera menangani nasib Kuaters Institusi Pendidikan (KIP) ini harap turunlah menjenguknya. Sudah sekian lama mahligia ini tercegat namun rakyat sudah lali melihat. Sama-samalah kita terjemahkan slogan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia - 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan - Pembaziran Dielakkan.'

Tiada niat menjolok sarang tebuan tetapi sekadar buat renungan..

20 April 2010

Apabila Seorang Pemimpin Berkata-kata

Pak Ngah tercari-cari apa yang hendak dimuatkan dalam artikel pertama pada awal pembuka bicara blog ini. Memang hangat dibicarakan waktu ini ialah kes pembuangan janin dan bayi. Lebih hangat lagi tinggal tidak berapa hari lagi pembuangan undi di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Bukan Pak Ngah tidak berminat dengan kes 'pembuangan' ini tetapi kebanyakkan blogger sudah memuatkan blog mereka  bukan saja dengan kisah lampau tetapi cerita sensasi lagi terkini.

Pada 12 April 2010 lalu, Pak Ngah berkesempatan menghadiri satu majlis di salah sebuah sekolah berasrama penuh (SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping). Tetamu istimewa yang diundang ialah Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad Daud bin Mohd Yusuff, ADUN Kawasan Selama. Seawal jam 8.30 pagi lagi Yang Berhormat Dato' telah berada di perkarangan SERATAS. Pak Ngah sebelum ini tidak berkesempatan mendengar ceramah atau syarahan beliau.

Sewaktu memulakan ucapan beliau, dengan nada yang berbaur pilu tetapi syahdu mengkisahkan sejarah persekolahan menengah beliau. Sebagai seorang anak orang kampung gembira hati bukan kepalang apabila mendapat tawaran ke sekolah menengah sains. Namun, kegembiraan itu rupanya tidak ke mana tatkala diberitahu bahawa sekolah yang dimaksudkan masih dalam pembinaan. Maka mahu tidak mahu terpaksa akur untuk ditumpangkan di sekolah jauh dari kampung halaman iaitu bandar Ipoh. Sekali lagi pengorbanan terpaksa dilakukan apabila diarah berpindah ke sekolah lain yang lebih jauh iaitu di Sungai Petani atas alasan ketiadaan ruang. Apa yang menarik tentang kisah ini ialah walau beliau merasa perit dan seperti dianiaya namun beliau dan keluarga tidak memilih untuk berjiwa penentang.

Ucapan beliau sarat dengan kisah teladan tentang jati diri dan falsafah hidup bangsa Jepun. Bangsa Jepun menurut beliau ialah sebuah rumpun bangsa yang tidak rela membiarkan diri mereka menjadi liabiliti kepada keluarga, bangsa dan negara mereka. Setiap anak bangsa Jepun mesti menjadi aset paling berharga buat keluarga, bangsa dan negara yang berpaksikan negara bermaharaja. Di sebalik ketawa ketika berbicara, Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad Daud tidak lupa berpesan kepada pelajar dan guru yang hadir agar menguatkan jati diri. Tirulah falsafah hidup bangsa Jepun agar setiap daripada kita menjadi aset paling berharga kepada keluarga, agama, bangsa dan negara tercinta.

Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad Daud bin Mohd Yusuff sedang memberi ucapan


Beramah mesra dengan salah seorang pelajar di majlis tersebut

Selamat Datang - Welcome

Blog ini diharap dapat menjadi medan bertukar-tukar maklumat dan buah fikiran.
Agar perkongsian ini dapat membantu membina jati diri dan warga negara bangsa yang bertaraf dunia pertama.

'Jangan tanya apa yang negara boleh beri kepada kita, tanyalah apa yang kita boleh sumbangkan untuk negara tercinta'  - John Abraham Lincon

Terima kasih.